Pelanggan
Siapa mereka:
Syarikat ini, yang berpangkalan di Itali, ialah pengeluar terkemuka bagi komponen plastik, getah dan silikon khusus untuk aplikasi perubatan, dengan capaian global. Ia mempunyai rangkaian pembuatan yang teguh dan terdiri daripada lapan kemudahan fasiliti pengeluaran di seluruh dunia, memenuhi keperluan asas pelanggan yang pelbagai dari 65 buah negara.
Cabaran
Apa yang mereka perlukan:
PETRONAS ditugaskan untuk mencadangkan penyelesaian alternatif kepada minyak pemampatnya yang sedang digunakan untuk mengurangkan kos penyelenggaraan dan melindungi komponen peralatan daripada kehausan yang berlebihan, sekali gus memanjangkan hayat perkhidmatan peralatan. Disebabkan sifat kritikal proses mereka, yang khusus untuk sektor perubatan, PETRONAS perlu mengesyorkan produk dengan berkualiti tertinggi dam akan memenuhi keperluan teknikal, kualitatif dan kewangan.
Penyelesaian Pakar PETRONAS
Apa yang kami lakukan:
Hasil analisis minyak, PETRONAS A SYN PAO 46 disyorkan sebagai penyelesaian. Minyak berkualiti tinggi ini, dirumus berasakan sintetik polyalphaolefin (PAO), dipertingkatkan dengan unsur tambahan antioksida, anti-haus (bebas zink), anti-karat dan anti buih yang maju. Ia memastikan kawalan unggul ke atas pengoksidaan dan mendapan sisa, serta kestabilan terma dan pengoksidaan yang optimum, untuk prestasi yang berkekalan. Ia juga memenuhi piawaian prestasi yang diperlukan oleh industri.
"PETRONAS Compressor A SYN PAO46 membantu mencapai penjimatan €0.80/kg berbanding produk pesaing."
Hasilnya
Hasilnya:
PETRONAS Compressor A SYN PAO 46 memenuhi jangkaan tanpa sebarang kekurangan teknikal atau aplikasi, terbukti sesuai untuk kegunaannya. Ia mengekalkan kebersihan permukaan dalaman yang sangat baik, mengawal pembentukan mendapan pengoksidaan, dan memastikan jangka hayat peralatan yang lebih lama berbanding dengan minyak pelincir biasa